Assalamualaikum,
Dengan penuh harapan, Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY) menawarkan perkhidmatan Badal Umrah bersama Ustaz Ubaid bin Akla. Dengan memilih kami, anda bukan sahaja melaksanakan ibadah, tetapi turut menyokong usaha pendidikan Islam di STARiY.
Semoga sumbangan anda membawa keberkatan dan pahala berpanjangan.
Badal Umrah merupakan ibadah yang dilakukan seseorang atas nama orang lain. Syarat orang yang dibadal adalah orang tersebut sudah meninggal dunia ataupun masih hidup namun sudah uzur dan menderita sakit parah.
Selain anda melaksanakan ibadah Badal Umrah untuk diri sendiri yang uzur atau keluarga yang telah meninggal dunia, memilih perkhidmatan ini juga membantu menyokong kewangan Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY). Semoga Sumbangan ini melipat gandakan lagi pahala anda dan Penama Badal Umrah kerana membantu pendidikan Islam generasi akan datang.
Setiap ibadah Badal Umrah dilaksanakan dengan mengikut garis panduan syariat Islam, menjaga pantang larang sewaktu umrah bagi memastikan amalan ini sah sebagaimana anjuran Islam
Ustaz Ubaid adalah seorang yang berpengalaman dalam melaksanakan ibadah Badal Umrah. Sebagai Pengerusi Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY), beliau memahami betapa pentingnya melaksanakan ibadah ini dengan penuh amanah dan keikhlasan.
Ramai yang telah memberi kepercayaan kepada beliau dalam melaksanakan ibadah ini dengan penuh dedikasi.
Sepanjang pelaksanaan Badal Umrah, doa-doa khusus akan dipanjatkan untuk almarhum atau almarhumah, memastikan ibadah ini dilakukan dengan penuh keinsafan dan kasih sayang.
Servis ini ditawarkan pada harga yang berpatutan tanpa kompromi terhadap kualiti dan keikhlasan pelaksanaan ibadah.
Setelah Badal Umrah selesai, laporan lengkap disediakan, termasuk doa-doa yang dibaca dan bukti pelaksanaan, supaya keluarga yang mendaftar dapat merasa yakin dan tenang.
Niat ihram Badal Umrah di Masjid A’isyah, Tanai’m
Niat ihram Badal Umrah di Masjid A’isyah, Tanai’m
Baru selesai Tawaf 7 kali pusingan
Jom kita Sai’e – dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 7 kali ulang alik 🙂
Alhamdulillah selesai Bertahalul ^_^
Melaksanakan ibadah Badal Umrah wajib mengikut aturan Rukun Umrah yang 5