Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy

” Visi kami untuk melahirkan generasi Mukmin, Mustaqim dan Mumtaz “


Alamat  :
128a, Jalan 11/27a, Wangsa Maju, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daftar Sekarang

Lokasi Google


Alamat  :
Lot 11228 Jalan 37/56, Off, Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daftar Sekarang

Lokasi Google


Alamat  :
Lot 11228 Jalan 37/56, Off, Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daftar Sekarang

Lokasi Google


Alamat  :
Lot 11228 Jalan 37/56, Off, Jalan Taman Setiawangsa, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Daftar Sekarang

Lokasi Google

Generasi Soleh bermula disini...

Kami, Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy ( STARIY ), menawarkan fasiliti yang kondusif dan selamat untuk anak Murid kami. Kami berusaha untuk membina pemikir yang yakin dan kreatif dan bertujuan untuk menyampaikan pendidikan yang benar-benar relevan dengan masa depan mereka.

Kami adalah akademi pembelajaran awal yang memberi tumpuan kepada pembangunan sosial-emosi dan literasi dan numerasi awal. Pelajar kami berjalan keluar dengan watak dan keyakinan untuk mencipta kejayaan di dunia, dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dunia sebenar yang membawa mereka ke hadapan dalam industri yang mereka boleh berkhidmat.

Sepintas lalu mengenai sekolah kami
Murid Terkini
0 +
Khatam Al-Quran
0 +
Huffaz Cilik (1-3 Juzuk)
0 +
Alumni kami
0 +

“Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.” – Pak Hamka

“Kejayaan yang hakiki bukan kejayaan diraih di dunia sementara ini, tetapi kejayaan hakiki yang sebenar di akhirat merupakan rumah kekal selamanya” – Ustaz Ubaid Akla

Kurikulum Kami

Kami menawarkan integrasi ilmu duniawi dan ukhrawi. Elemen integrasi silibus Pendidikan Islam (Tahfiz dan KAFA Diniyah) dan aliran kebangsaan (KSSR) diguna pakai di semenjak asuhan kanak kanak di Taska Stariy, pra awal persekolahan di Tadika Stariy sehinggalah ke Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy ( Stariy )

Silibus KSSR

KSSR merupakan akronim bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah, sebuah standard silibus pembelajaran bagi sekolah-sekolah rendah di Malaysia Ianya digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KSSR ini berpegang kepada Teras Kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang secara dasarnya membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.

Silibus Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)

Program Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain bagi membentuk kemenjadian murid yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Silibus Pra-Tahfiz

Program hafazan 5 juzuk Al-Quran yang dibahagikan kepada 3 tahap :

Tahap 1 : Juzuk Amma dan Juzuk 1
Tahap 2 : Juzuk 2 dan 3
Tahap 3 : Juzuk 4 dan 5

Selain itu, bacaan Iqra' dan tilawah Al-Quran juga dijalankan :

Tahap 1 : Semua Murid yang masih belum menguasai Iqra' akan meneruskan bacaan Iqra'
Tahap 2 : Juzuk 1 - 15
Tahap 3 : Juzuk 16 - 30

Murid akan khatam Al-Quran sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun.

Sambutan Hari Perayaan Islam

Setiap kali hari kebesaran Islam seperti Awal Muharam, Maulidurrasul, Awal Ramadhan dan sebagainya akan diadakan sambutan kecil kecilan bagi mengingati sejarah peristiwa bagaimana ia berlaku.

Sambutan Hari Guru

Guru umpama lilin buat ummah. Para guru diraikan saban tahun dalam sebuah majlis bagi menghargai jasa dan bakti ditabur agar para murid mengenang jasa mereka.

Sambutan lain

Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia, Ihya’ Ramadhan & Iftar Jamaei Ramadhan, Sambutan Idulfitri , Misi Qurban & Aqiqah.

Aktiviti Kokurikulum Kami

Temasya Sukan Tahunan

Acara sukan tahunan ini diadakan sekali dalam setahun untuk melatih dan mencungkil bakat terpendam anak-anak murid kami dalam sukan olahraga. Latihan diadakan bagi memastikan mereka bukan sahaja cerdas di bilik darjah tetapi cergas jua di balapan / padang.

Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sekali ini memupuk dan memberi pendedahan dunia luar anak-anak murid kami ke tempat-tempat yang menarik bagi meluaskan pandangan serta meneroka pengalaman baru.

Hari Atfal & Edu Games

Para murid akan berlatih bagi memasuki pertandingan bercerita, persembahan nasyid, pertandingan hafazan, tilawah / hafazan Al-Quran, azan & iqamah. Selain itu, pertandingan berbentuk pendidikan minda seperti congkak, lego, origami, board games juga diketengahkan bagi memberi pendedahan kepada anak murid supaya lebih kritis dan kritikal dalam pembentukan akal yang tajam.

Hari Ilmi

Hari Ilmi adalah majlis kecemerlangan bagi meraikan murid yang berjaya dalam hafazan dan akademik. Dalam masa yang sama, murid murid yang tamat persekolahan juga diraikan dengan hadiah penghargaan dan sijil tamat sekolah.

Mukayyam Tarbawi & Program Khatam Al-Quran

Perkhemahan tahunan ini diadakan bagi melatih dan meniup motivasi anak murid dengan bermalam di kawasan hutan dengan aktiviti luar seperti team building, jungle trekking, latihan dalam kumpulan, ceramah pembangunan sahsiah dan qiyamulail. Secara tidak langsung, ia persiapan pembinaan jati diri murid sebagai anak muda Islam masa depan. Pihak sekolah juga menitikberatkan pendidikan Al Quran bagi setiap murid. Bagi setiap murid yang khatam Al Quran, pihak sekolah akan meraikan mereka dalam suatu majlis bagi penghargaan mereka yang telah tamat Al Quran selain meniup ruh semangat murid yang lain untuk cepat menamatkan Al Quran.

Tuan dan Puan nak dapatkan info pendaftaran ke Tadika & Sekolah kami? Follow channel Kami

Scroll to Top