Aktiviti Kokurikulum

Temasya Sukan Tahunan
Acara sukan tahunan ini diadakan sekali dalam setahun untuk melatih dan mencungkil bakat terpendam anak-anak murid kami dalam sukan olahraga. Latihan diadakan bagi memastikan mereka bukan sahaja cerdas di bilik darjah tetapi cergas jua di balapan / padang.

Lawatan Sambil Belajar
Lawatan sekali ini memupuk dan memberi pendedahan dunia luar anak-anak murid kami ke tempat-tempat yang menarik bagi meluaskan pandangan serta meneroka pengalaman baru.

Kelab Memanah, Taek Kwan Do, Silat & Reka Cipta
Terdapat pelbagai kelab yang ditubuhkan di sekolah kami untuk mencungkil bakat-bakat terpendam dalam diri anak-anak murid kami 🙂

Mukhayyam Tarbawi, Hari Ilmi & Hari Ihtifal Tahunan
Perkhemahan tahunan ini diadakan bagi melatih dan meniup motivasi anak murid dengan bermalam di kawasan hutan dengan aktiviti luar seperti team building, jungle trekking, latihan dalam kumpulan, ceramah pembangunan sahsiah dan qiyamulail. Secara tidak langsung, ia persiapan pembinaan jati diri murid sebagai anak muda Islam masa depan.