Ahlan Wasahlan

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله الطيبين الطاهرين ومن تبعهم إلى يوم الدين. وبعد..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahirabbil’alamin, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurniaan rahmat kepada hambaNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Penubuhan Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY) telah mencecah tahun ke-5, tahun yang penuh dengan makna, cabaran dan halangan yang pada akhirnya kita mengharapkan sebuah kejayaan yang menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Tahun ini juga semua mata akan tertumpu kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY) kerana tahun ini pelajar-pelajar sulungnya akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) buat julung-julung kalinya. Cabarannya cukup besar dalam memikul harapan tinggi pelbagai pihak terutamanya ibubapa yang memilih untuk menghantar anaknya ke Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY).Hanya harapan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja yang mampu kita harapkan untuk menurunkan pertolongan kepada hamba-hambaNya. 

Tugas guru kini semakin meningkat cabaran dan tanggung jawabnya. Jika dulu, kemahiran ICT adalah pilihan kepada sesetengah guru namun kini ia adalah keutamaan yang perlu dikuasai oleh semua guru. Maka pihak pentadbiran Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY) dengan segala upaya yang ada telah mengambil inisiatif dan akan terus mengambil inisiatif untuk membekalkan guru dengan segala kemahiran yang diperlukan dari semasa ke semasa. Dengan satu harapan sahaja iaitu proses pembelajaran akan terus berjalan dengan lancar dan jayanya.

Seterusnya ingin saya nyatakan juga bahawa Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY) mempunyai beberapa pendekatan yang menjadi hala tujunya, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan EQ. Sehubungan itu, semua pihak termasuk warga pendidik, staf, para pelajar serta pihak JIBG STARiY diharap dapat berganding bahu bagi menjayakan hala tuju sekolah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi meluangkan masa melayari laman sesawang Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY). Semoga tuan puan mendapat maklumat yang bermanfaat daripada paparan laman sesawang ini.

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam merealisasikan laman sesawang ini dan juga kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendokong kami sejak dari penubuhannya lagi. Semoga Allah (S.W.T) merahmati dan memberkati usaha murni ini.

Sekian, terima kasih.

USTAZ UBAID BIN AKLA

Pengerusi, 
Sekolah Rendah Islam Integrasi Abqariy (STARiY)

Scroll to Top